Peruntukan baharu jenayah dalam talian perlu diwujudkan segera
Iklan
Wacana Sinar edisi ke-337 yang bertajuk Scammer membarah, Salah Siapa Sebenarnya? Yang disiarkan di semua platform media sosial Sinar Harian pada Selasa.
SHAH ALAM - Satu peruntukan baharu dalam kanun keseksaan berkenaan penipuan dalam talian perlu diwujudkan dengan segera memandangkan jenayah tersebut semakin berleluasa di negara ini.
Ketua Jabatan Siasatan, Jenayah Komersial Selangor, Asisten Komisioner Azman Ali berkata, ia bagi memudahkan pihak penguat kuasa membuat pengesanan dan juga scammer tidak mengambil peluang terhadap kelompongan yang ada.