Kuku Sang Harimau makin tumpul
Iklan
Jumlah aset atau platform TLDM yang dikerah untuk mengawasi perairan negara hari ini boleh dianggap berada pada tahap amat minimum dan membimbangkan jika dinisbahkan kepada kawasan yang perlu mereka awasi. - Foto fail Bernama
SEBAGAI sebuah negara maritim, setelah merdeka, kejayaan pembangunan negara boleh dikatakan banyak bergantung kepada aktiviti dan hasil yang berada dalam kawasan maritim negara.
Malaysia adalah negara Asia Tenggara yang kedua terbesar menghasilkan minyak dan gas, manakala pernah dianggap sebagai pengeksport cecair gas asli ketiga terbesar dunia.