RUU Anti Lompat Parti: Episod Julai 2019 berulang
Iklan
Ramai percaya dengan meluluskan pindaan perlembagaan dan RUU Anti Lompat Parti, kepercayaan rakyat terhadap proses pilihan raya dan Demokrasi Berparlimen yang telah terhakis dapat dipulihkan. - Gambar hiasan
EPISOD Julai 2019 berulang. Usaha untuk meminda Perlembagaan Persekutuan bagi merealisasikan dasar Undi 18 tergendala sedikit ekoran usaha minit-minit terakhir untuk membawa peruntukan tambahan, yakni pendaftaran pemilih secara automatik. Susulan perbincangan mendalam akhirnya kedua-dua komponen itu diluluskan dengan 211 anggota Dewan Rakyat menyokong, melebihi jumlah 148 sokongan yang diperlukan.
Ia satu kejayaan luar biasa ketika ramai tidak yakin pindaan Perlembagaan Persekutuan boleh diluluskan dengan mengambil persekitaran politik pada masa itu; tidak ada sokongan mutlak dua pertiga.