‘Kami harapkan diskaun tol’
Iklan
Rakyat Malaysia dijangka akan ramai pulang meraikan Aidilfitri di kampung halaman masing-masing pada tahun ini selepas dua tahun terpaksa beraya di ibu kota akibat pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP).
Salah satu cara kerajaan bantu kurangkan kos rakyat ketika Aidilfitri nanti
SHAH ALAM - Sempena perayaan Hari Raya Aidilfitri yang bakal tiba tidak lama lagi, rata-rata rakyat Malaysia memohon agar kerajaan pertimbangkan untuk memberi diskaun tol sehingga 50 peratus di semua lebuh raya di negara ini kepada semua pengguna jalan raya.
Sebahagian besar daripada mereka juga mengakui terpaksa memperuntukkan jumlah wang yang banyak bagi persiapan hari raya termasuk membeli pakaian, servis kereta dan penyediaan duit raya.