'Tahap penguasaan bahasa Melayu pelajar menyedihkan'
Iklan
Zack ketika ketika menjadi panelis secara dalam talian pada program Wacana Sinar Siri 336 bertajuk 'Mampukah Bahasa Melayu Tawan ASEAN' yang disiarkan secara langsung di platform digital Sinar Harian pada Jumaat.
SHAH ALAM - Di sebalik usaha kerajaan untuk menjadikan bahasa Melayu sebagai bahasa rasmi kedua ASEAN, namun kedudukan bahasa ibunda itu di dalam sistem pendidikan negara secara realitinya berada di tahap yang menyedihkan.
Menurut guru bahasa Melayu, Zack Kirana, pengalamannya mengajar bahasa kebangsaan kepada kepada pelajar sekolah memperlihatkan bahawa tahap penguasaan berada di peringkat yang agak tidak memuaskan.