'Orang Melayu sendiri tidak bangga dengan bahasa Melayu'
Iklan
Nik Safiah ketika menjadi panelis secara dalam talian program Wacana Sinar Siri 336 bertajuk 'Mampukah Bahasa Melayu Tawan ASEAN' yang disiarkan secara langsung di platform digital Sinar Harian pada Jumaat.
SHAH ALAM - Rakyat Malaysia terutama orang Melayu perlu terlebih dahulu memiliki kebanggaan terhadap bahasa Melayu sebelum boleh meyakinkan orang di negara luar untuk menjadikan bahasa Melayu sebagai bahasa perantara.
Pakar bahasa, Profesor Emeritus Datuk Dr Nik Safiah Karim berkata, ketika ini, ada sesetengah masyarakat Melayu yang dilihat lebih bermegah dengan bahasa asing berbanding bahasa ibunda mereka.