‘Topeng’ di sebalik imej baik
Iklan
Penjenayah pedofilia akan menggunakan pelbagai helah bagi memperdaya dan mengawal mangsa termasuk ugutan untuk menyebarkan gambar atau video mangsa. - Gambar hiasan
SHAH ALAM - Berselindung di sebalik perwatakan baik sehingga mampu mempengaruhi mangsa adalah antara helah yang digunakan penjenayah pedofilia di negara ini.
Ketua Penolong Pengarah Bahagian Siasatan Seksual, Wanita dan Kanak-Kanak (D11) Bukit Aman, Asisten Komisioner Siti Kamsiah Hassan berkata, ada golongan pedofilia yang berstatus sebagai ahli agama, ustaz atau guru tuisyen.