Mat Sabu sudah lali terima kecaman dan tuduhan lawan
Iklan
Mohamad Sabu ketika menjadi tetamu program Bersama Johan Jaaffar yang berlangsung di Kumpulan Karangkraf, Shah Alam pada Rabu. -Foto Sinar Harian ROSLI TALIB
SHAH ALAM - Presiden Parti Amanah Negara (Amanah), Mohamad Sabu sudah lali menerima pelbagai kecaman dan tuduhan dari musuh politiknya.
Beliau mengakui musuh politiknya sering mencari salah dan perkara pelik tentang dirinya untuk dijadikan bahan ketika berceramah.