Guna peluang tingkat ibadat, usaha cegah Covid-19
Iklan
Wacana Sinar Harian siri 335 membincangkan tajuk `Puasa Endemik, selamatkah kita?‘
SHAH ALAM - Masyarakat khususnya yang beragama Islam disaran menggunakan fasa peralihan ke endemik Covid-19 sebagai peluang meningkatkan aspek kerohanian dan salah satu usaha pencegahan wabak.
Ahli Majlis Dakwah Negara, Shahrizan Daud At-Turabi berkata, setelah pelbagai usaha dilakukan termasuk fasa perintah kawalan pergerakan (PKP) dengan prosedur operasi standard (SOP) ketat dan pengambilan vaksin Covid-19, aspek kerohanian dengan melaksanakan amal ibadat perlu dipertingkatkan sebagai usaha mencari jalan keluar.