Amalan pertanian lestari
Iklan
Penggunaan racun yang tidak terkawal atau tidak mematuhi piawai peraturan yang ditetapkan pastinya memberi kesan kepada kualiti tanaman, alam sekitar dan kesihatan pengguna. - Foto Bernama
SEKTOR pertanian merupakan salah satu sektor ekonomi primer terpenting yang mendapat tumpuan kerajaan kerana sektor ini merupakan pembekal makanan dan sumber bahan mentah kepada penduduk Malaysia.
Ia juga merupakan sektor yang penting dalam menyumbang kepada pendapatan negara yang mana penghasilan hasil pertanian yang berterusan dapat memacu ekonomi negara ke arah yang lebih baik.