Malaysia perlu lebih 50,000 amah
Iklan
Ketika ini dianggarkan hanya 80,000 pembantu rumah warga asing berada di negara ini berbanding sebelum ini apabila Malaysia mempunyai sehingga 300,000 amah. Gambar kecil: Yong Hooi
Selepas lebih dua tahun tiada kemasukan pembantu rumah warga asing baharu berikutan Covid-19
SHAH ALAM - Malaysia memerlukan sekurang-kurangnya 50,000 pembantu rumah warga asing setelah lebih dua tahun tiada kemasukan amah baharu berikutan penutupan pintu sempadan negara akibat pandemik Covid-19.
Presiden Persatuan Agensi Pekerjaan Malaysia (Papa), Datuk Foo Yong Hooi berkata, keperluan untuk mendapatkan pembantu rumah agak mendesak berikutan Malaysia kini melalui fasa pemulihan ekonomi dan orang ramai sudah mula masuk bekerja seperti biasa.