Lepas rindu Ramadan di tanah air
Iklan
TERUKIR DALAM LIPATAN SEJARAH... Kenderaan rakyat Malaysia yang bekerja di Singapura menunggu di Kompleks Imigresen, Kastam dan Kuarantin Kompleks Sultan Abu Bakar, Iskandar Puteri selepas sempadan negara dibuka tepat jam 12 tengah malam pada Jumaat.
JOHOR BAHRU - Ramadan kali ini, sangat bermakna buat warga Malaysia yang bekerja di Singapura apabila pertama kalinya mereka dapat menjalani ibadah puasa di tanah air selepas sempadan kedua-dua negara dibuka semula pada Jumaat lalu.
Bagi pekerja Malaysia yang berasal dari Johor, sudah pasti Ramadan kali ini cukup istimewa kerana dapat bersama keluarga ketika bersahur dan berbuka.