Tambang bas ekspres naik harga
Iklan
Suasana di TBS yang sudah mula dipenuhi dengan orang ramai yang beratur mendapatkan tiket bas pulang ke kampung halaman. Gambar kecil dari kiri: Siti Nur Fadillah, Nur Aqilah Atika, Muhammad Muaz
KUALA LUMPUR - Suasana di Terminal Bersepadu Selatan (TBS) kelihatan sesak dengan orang ramai yang membeli tiket untuk pulang ke kampung halaman untuk menyambut Ramadan bersama keluarga masing-masing.
Namun, terdapat keluhan daripada penumpang apabila harga tiket perjalanan sesetengah syarikat perkhidmatan bas ekspres menunjukkan peningkatan di luar tempoh dibenarkan.