Pengurusan IPT perlu bekerjasama kenal pasti pelajar kurang berkemampuan
Iklan
Sinar Live yang bertajuk Mendidik vs Menghina yang disiarkan di paltform Sinar Harian pada Khamis.
SHAH ALAM - Pengurusan institut pengajian tinggi (IPT), pusat zakat perlu bekerjasama dengan pimpinan pelajar dalam mengenal pasti mahasiswa yang memerlukan bantuan untuk pembelajaran mereka.
Presiden Kelab Mahasiswa UMNO, Mubarak Kunyi berkata, ia bagi memastikan tiada seorang pun pelajar daripada golongan B40 yang ketinggalan dalam menerima sebarang bantuan kerajaan.