Reputasi bertaraf dunia faktor Sapura Energy layak diselamatkan
Iklan
Polemik perdebatan berkenaan kewajaran Sapura Energy diselamatkan kerajaan di antara Najib dan Rafizi telah mencetuskan kembali minat rakyat dalam mengetahui masa hadapan syarikat bumiputera itu.
SHAH ALAM - Apabila cadangan kerajaan menyelamatkan syarikat perkhidmatan minyak dan gas, Sapura Energy Berhad yang kini mengalami krisis kewangan tenat, dikemukakan bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak, ramai pihak skeptikal terhadap idea itu.
Lebih-lebih lagi setelah pemimpin muda Parti Keadilan Rakyat (PKR), Rafizi Ramli turut tampil menyatakan lebih baik kerajaan menggunakan dana itu untuk membantu rakyat.