Buang sikap tidak minat sertai persatuan
Iklan
Program Bersama Tan Sri Johan Jaaffar, menampilkan tetamu undangan, Pengarah Urusan Mydin, Datuk Dr Ameer Ali Mydin yang berlangsung di Kompleks Karangkraf pada Rabu. - FOTO SINAR HARIAN / MOHD HALIM ABDUL WAHID
SHAH ALAM - Sikap peniaga bumiputera yang kurang berminat menyertai persatuan menjadi faktor perniagaan golongan itu lemah dan tidak mempunyai kelantangan dalam menyuarakan sesuatu pandangan.
Pengarah Urusan Mydin, Datuk Dr Ameer Ali Mydin berkata, situasi itu berbeza dengan ‘keutuhan’ persatuan peniaga bagi kaum-kaum lain.