Campur tangan politik jejas kualiti universiti
Iklan
Wacana Sinar Harian Edisi Ke-333 bertajuk Autonomi Universiti: Antara Impian dan Realiti yang berlangsung pada Selasa.
SHAH ALAM - Campur tangan urusan profesional dan politik perlu dielakkan agar tidak menimbulkan konflik yang boleh menjejaskan dan menimbulkan masalah kepada institusi pengajian tinggi awam (IPTA) di negara ini.
Presiden Majlis Profesor Negara (MPN), Profesor Datuk Dr Raduan Che Rose berkata, di peringkat institusi seharusnya mengutamakan keharmonian ‘mutual respect’ (saling menghormati) dalam komuniti ahli akademik itu sendiri.
Profesor Datuk Dr Raduan Che Rose.