Pemilihan NC, TNC universiti perlu seimbang
Iklan
Hamdan ketika menjadi panelis Wacana Sinar edisi ke-333 bertajuk ‘ Autonomi Universiti: Antara Impian dan Realiti’ yang disiarkan di semua platform Sinar Harian pada Selasa.
SHAH ALAM -Pemilihan lantikan calon bagi jawatan pimpinan tertinggi di sesebuah universiti seperti Naib Canselor dan Timbalan Canselor itu perlu seimbang, kata Timbalan Naib Canselor Pembangunan Pelajar dan Jaringan Komuniti Universiti Selangor (Unisel), Prof Madya Dr Hamdan Mohd Salleh.
Ketika ditanya mengenai pemilihan calon sama ada dinilai dari segi profil korporat atau berasaskan penampilan akademiknya, Hamdan berkata, kedua-duanya penting dan memberi manfaat khususnya pada Institut Pengajian Tinggi (IPT) di peringkat negeri.