Tempatkan wakil Majlis Profesor Universiti dalam jawatankuasa pemilihan
Iklan
Ramlee ketika menjadi panelis Wacana Sinar edisi ke-333 bertajuk ‘ Autonomi Universiti: Antara Impian dan Realiti’ yang disiarkan di semua platform Sinar Harian pada Selasa.
SHAH ALAM - Jawatankuasa Pemilihan Naib Canselor dan Jawatankuasa Kenaikan Pangkat di setiap universiti disarankan supaya menempatkan wakil daripada Majlis Profesor di universiti berkenaan.
Pengerusi Majlis Profesor Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI), Prof Dr Ramlee Mustapha berkata, ia kerana pandangan daripada wakil Majlis Profesor universiti juga perlu diambil kira bagi memastikan keputusan yang dibuat itu telus dan tepat.