1 April yang dinanti-nanti
Iklan
Bagi meringankan beban rakyat yang masih terkesan akibat wabak, permohonan pengeluaran khas RM10,000 wang Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) mula dibuka pada 1 April.
SHAH ALAM – Pelbagai perkara menggembirakan bakal dinikmati rakyat Malaysia bermula 1 April ini apabila lebih banyak kelonggaran diberikan selepas lebih dua tahun negara bergelut dengan pandemik Covid-19.
Antara yang ditunggu-tunggu adalah pembukaan semula sempadan negara yang membolehkan rakyat Malaysia keluar masuk seperti sebelum pandemik khususnya untuk pergi ke negara yang telah membuka pintu sempadan mereka.