'Rezeki' menunjuk-nunjuk
Iklan
Perniagaan menyewa barangan berjenama seperti aksesori wanita, fesyen berjenama sehinggalah kepada telefon bimbit kelas kayangan, kereta mewah dan jet peribadi telah lama muncul dan ia antara cabang perniagaan yang memberikan pulangan besar. - Foto www.dailymotion.com
SAYA baru lepas menonton filem dokumentari jenayah The Tinder Swindler di Neflix dan ia mengilhamkan saya untuk sekali lagi menulis tentang flexing, budaya memperaga dan menunjuk-nunjuk.
Budaya yang baru-baru ini menyebabkan seorang sahabat saya berperang besar dengan isterinya. Saya akan ceritakan sebab musababnya nanti.