Rejimen Azov Ukraine dibenci Rusia
Iklan
Rejimen Azov ditubuhkan pada tahun 2014 untuk bertempur dengan kumpulan pro-Rusia di Mariupol, Ukraine. - AFP
SEBUAH pasukan khas Ukraine dikenali sebagai Rejimen Azov kerap kali menjadi sasaran media sosial pro-Rusia termasuk kedutaan Rusia di Paris dan London.
Rusia menggelar rejimen itu sebagai Batalion Nazi dan dijadikan antara sebab Moscow menyerang Ukraine pada 24 Februari lalu.