Dia keluar rumah di sebelah pagi, untuk kembali semula di sebelah petang
Iklan
Pengerusi Pakatan Harapan, Datuk Seri Anwar Ibrahim (kiri) dan Lim Guan Eng (kanan) memberi penghormatan kepada tokoh veteran DAP, Lim Kit Siang (tengah) selepas mengumumkan persaraannya dalam arena politik pada 20 Mac lalu. - Foto Bernama
BIAR Belalang mengaku siang-siang yang Belalang tidak pandai berbahasa Mandarin. Tapi Belalang ada ramai kawan di akhbar berbahasa Mandarin yang dapat membantu menterjemahkan apa jua maklumat Belalang perlukan ke dalam bahasa Melayu.
Kali ini Belalang perlu mendapatkan bantuan kawan-kawan di akhbar Cina untuk mengetahui apakah reaksi mereka ke atas keputusan Lim Kit Siang, 81, untuk bersara dari dunia politik pada Konvensyen Nasional DAP ke-17 minggu lalu.