Tiga cabaran menanti Anthony Loke sebagai ‘orang kuat’ baharu DAP
Iklan
Bolehkah Anthony Loke muncul sebagai pemimpin baharu DAP yang tidak lagi dibayangi oleh pengaruh Guan Eng.
PEMILIHAN Ahli Parlimen Seremban, Anthony Loke Siew Fook sebagai Setiausaha Agung baharu DAP bagi penggal 2022-2025 membuka lembaran baharu kepada parti roket itu.
Ini kerana dalam DAP, Setiausaha Agung itu adalah ketua parti sama seperti presiden untuk parti-parti politik yang lain. Setiausaha Agunglah yang menetapkan hala tuju dan masa depan parti.