Kenakan cukai untung luar biasa bantu bayar gaji minimum RM1,500
Iklan
Kamarul Baharin ketika menjadi panelis dalam program Sinar Live bertajuk ‘Cukup ke RM1,500?’ yang disiarkan secara langsung di semua platform digital Sinar Harian pada Khamis.
SHAH ALAM - Kongres Kesatuan Sekerja Malaysia (MTUC) mencadangkan kerajaan mengenakan cukai kepada syarikat yang mempunyai keuntungan luar biasa bagi membantu mana-mana syarikat yang mempunyai masalah membayar gaji minimum RM1,500 kepada pekerja.
Setiausaha Agungnya, Kamarul Baharin Mansor berkata, ini merupakan masa sesuai untuk kerajaan memperlihatkan kesungguhan dalam usaha meningkatkan gaji minimum kepada pekerja-pekerja di negara ini.