'BN perlu perbetulkan semula kelemahan'
Iklan
Zambry (kanan) ketika program Bersama Johan Jaaffar yang disiar secara langsung di Facebook Sinar Harian pada Rabu.
SHAH ALAM - Barisan Nasional (BN) perlu memperbetulkan semula kelemahan yang ada dalam usaha memastikan parti itu terus mendapat sokongan daripada rakyat.
Setiausaha Agung BN, Datuk Seri Dr Zambry Abdul Kadir berkata, BN perlu melalui proses perekayasaan untuk memulihkan sokongan dalam konteks zaman yang sudah berbeza berbanding dahulu.