Tawarkan peluang guru naik pangkat
Iklan
Kementerian Pendidikan disaran mewujudkan peluang kenaikan pangkat yang lebih luas selain memperbanyak penerima Anugerah Guru Cemerlang bagi menggalakkan guru berkhidmat sehingga usia persaraan wajib. (Gambar kecil: Alimuddin)
Untuk galakkan guru berkhidmat lebih lama
SHAH ALAM - Kementerian Pendidikan disaran membuka lebih banyak peluang kenaikan pangkat kepada guru-guru untuk menarik minat mereka supaya berkhidmat dalam tempoh yang lebih lama.
Tokoh Pendidikan Negara, Tan Sri Alimuddin Mohd Dom berkata, sekiranya peluang tersebut terbuka luas, lebih ramai guru dapat tersenarai dalam kategori Anugerah Guru Cemerlang.