Trend ramai guru pilih bersara awal
Iklan
Bebanan kerja sampingan yang terlalu banyak sehingga mengganggu tugas hakiki mengajar di bilik darjah adalah antara punca golongan pendidik memilih untuk bersara sebelum umur 60 tahun. (Gambar kecil: Aminuddin)
Beban tugas pentadbiran terlalu banyak sehingga hilang keseronokan mengajar
SHAH ALAM - Bebanan kerja sampingan terlalu banyak sehingga mengganggu tugas hakiki sebagai pendidik merupakan antara faktor ramai guru kini memilih untuk bersara awal.
Presiden Kesatuan Perkhidmatan Perguruan Kebangsaan Semenanjung Malaysia (NUTP), Aminuddin Awang berkata, keperluan untuk memenuhi tugas sampingan yang pelbagai termasuk kerja perkeranian menyebabkan ramai guru sudah hilang keseronokan untuk mengajar di sekolah.