Keluar KWSP hari ini tidak semestinya sengkek akan datang: Pakar ekonomi
Iklan
Dr Shazali pada program Wacana Sinar Edisi ke-331 bertajuk ‘KWSP: Gembira Hari Ini, Sengkek Kemudian’ yang bersiaran di semua platform Sinar Harian pada Selasa.
SHAH ALAM - Pakar ekonomi tidak bersetuju jika ada pihak yang berpandangan bahawa keputusan kerajaan membenarkan pengeluaran Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) baru-baru ini akan menyebabkan rakyat jatuh miskin ataupun sengkek pada masa akan datang.
Pakar Ekonomi dari University College i CATS, Kuching, Profesor Datuk Dr Shazali Abu Mansor berkata, ia berikutan pandangan berkenaan tidak optimistik dan merupakan satu spekulatif yang tidak semestinya berlaku.