Muafakat Nasional masih boleh diselamatkan
Iklan
Abdul Hadi (dua dari kanan) bersama-sama Ahmad Zahid (tengah) ketika hadir Konvensyen Muafakat Nasional Negeri Perak di Kompleks UMNO Bahagian Bagan Datuk, Sungai Sumun di Perak.
SHAH ALAM - Muafakat Nasional (MN) masih boleh diselamatkan walaupun ada beberapa perwakilan pada Perhimpunan Agung UMNO (PAU) yang mendesak parti terbesar Melayu itu menamatkan kerjasama dengan Pas.
Felo Penyelidik Pusat Demokrasi dan Pilihan Raya Universiti Malaya (UMCEDEL), Prof Madya Dr Awang Azman Awang Pawi berkata, menjadi satu kerugian sekiranya MN tidak dipertahankan kerana gabungan tersebut mampu untuk menyatukan pengundi-pengundi Melayu.