PRU15 segera atau tidak, PAU 2021 bukti kematangan UMNO urus krisis
Iklan
Ahmad Zahid (kanan) menyambut tangan Ismail Sabri (kiri) selepas ucapan penangguhan pada hari terakhir PAU 2021, yang bermula Rabu lepas di WTCKL pada Sabtu.
-Foto Bernama
MENYINGKAP sejarah penubuhan UMNO pada 11 Mei 1946, parti itu tidak pernah lari daripada krisis dalaman dan perpecahan ahli sehinggakan pengasasnya, Datuk Onn Jaafar serta tiga bekas Perdana Menteri, Tunku Abdul Rahman Putra Al-Haj, Tun Hussein Onn dan Tun Dr Mahathir Mohamad bertindak keluar parti.
Bahasa mudahnya, UMNO sebagai sebuah parti tertua di Malaysia, tidak pernah lari daripada gelora pergolakan dalaman, namun tidak pernah goyah dalam meraih sokongan rakyat.