Abang Viva takut dipuji berlebihan
Iklan
Bot yang digunakan oleh Abang Viva ketika misi bantuan sebenarnya adalah bot yang dibeli untuk kegunaan memancing di masa lapang.
KETIKA ditugaskan oleh editor menemuramah Azwan Omar atau nama glamornya Abang Viva untuk segmen Wira Kita, tidak dinafikan terdetik dalam hati keterujaan kerana akhirnya berpeluang bersemuka dengan hero kesayangan rakyat Malaysia ini.
Abang Viva, seorang pemuda dari Melaka, mula dikenali pada penghujung tahun lalu ketika banjir besar di Selangor.