Piawaian sebuah negara Islam
Iklan
Dari sudut perlembagaan dan undang-undang yang berkuat kuasa, adalah jelas bahawa undang-undang Islam tidak dilaksanakan sepenuhnya di Malaysia. (Gambar hiasan) - Foto 123rf
PERLEMBAGAAN secara mudah ditakrifkan sebagai susunan peraturan dan perundangan tertinggi sesebuah negara yang dikuatkuasakan oleh mahkamah. Di dalam perlembagaan diletakkan peruntukan mengenai perkara-perkara penting tentang sifat negara, peruntukan perundangan, hak rakyat dan sebagainya yang akan menjadi asas panduan bagi pemerintah dan rakyatnya untuk bergerak dan bertindak.
Setiap organisasi atau pertubuhan yang sah di sisi undang-undang negara mempunyai undang-undang tubuh atau perlembagaan yang digubal khusus untuk pertubuhan berkenaan. Begitulah juga dengan Perlembagaan Persekutuan negara ini.