'Orang sudah jatuh ditimpa tangga, jangan disepak pula kepalanya'
Iklan
Ahmad mengakui pemimpin-pemimpin UMNO 'kluster mahkamah' seperti Najib dan Ahmad Zahid kini sudah menerima simpati rakyat yang percaya pertuduhan kes mahkamah dihadapi mereka adalah drama politik tidak wujud.
KUALA LUMPUR - Setiausaha Agung UMNO, Datuk Seri Ahmad Maslan percaya tindakan pihak pembangkang memperlakukan pemimpin UMNO terpalit kes mahkamah ibarat 'orang yang sudah ditimpa tangga dan disepak pula kepalanya' akhirnya memakan diri mereka sendiri.
Jelas beliau, hal itu dapat dibuktikan apabila rakyat negeri Melaka dan Johor tetap menyokong UMNO dan Barisan Nasional (BN) pada Pilihan Raya Negeri (PRN) masing-masing sebelum ini, meskipun majoriti pemimpin parti pembangkang menjadikan agenda serangan peribadi pemimpin 'kluster mahkamah' sebagai model utama berkempen.