Pembukaan sempadan antarabangsa: Pemangkin pemulihan ekonomi
Iklan
Bermula 1 April, Malaysia akan membuka semula sempadan antarabangsanya yang masih ditutup sejak Mac 2020 akibat pandemik Covid-19. Foto: Bernama, gambar kecil: Tengku Zafrul
BERMULA 1 April, Malaysia akan membuka semula sempadan antarabangsanya yang masih ditutup sejak Mac 2020 akibat pandemik Covid-19.
Ia adalah satu keputusan amat penting kerana pertama sekali, ia adalah fasa terakhir dalam pelonggaran semua sekatan pergerakan yang telah kerajaan perkenalkan sejak dua tahun lalu dalam usaha membendung penularan Covid-19.