Pemimpin bijak mengurus faktor utama kejayaan UMNO
Iklan
Md Shukri (kanan) dan Ismail (kiri) selaku moderator dalam Wacana Sinar edisi ke-330 yang bertajuk ‘UMNO : Antara Survival dan Legasi’ yang disiarkan di platform Sinar Harian pada Jumaat.
SHAH ALAM - Kejayaan yang dikecapi UMNO selama ini adalah disebabkan kebijaksanaan dari segi pengurusan yang ditonjolkan kepimpinan parti itu.
Penganalisis politik, Dr Md Shukri Shuib berkata, kebijaksanaan mengurus dimiliki pemimpin-pemimpinnya merupakan aset UMNO yang tidak ada pada parti-parti lain.