MN belum noktah, tapi sudah ada tanda koma
Iklan
Abdul Hadi (dua dari kanan) bersama Ahmad Zahid (tengah) ketika hadir Konvensyen Muafakat Nasional Negeri Perak di Kompleks UMNO Bahagian Bagan Datuk, Sungai Sumun di Perak.
KUALA LUMPUR - Setiausaha Agung UMNO, Datuk Seri Ahmad Maslan menyifatkan status hubungan persefahaman antara parti itu dan Pas menerusi kerjasama Muafakat Nasional (MN) sudah boleh dianggap bertanda koma, walaupun belum dinoktahkan sepenuhnya.
Jelas Ahli Parlimen Pontian itu, kerjasama MN juga harus dilihat daripada dua sudut pandangan iaitu daripada sudut penyatuan ummah tanpa menyatakan parti-parti dan sudut status persefahaman di antara Pas dan UMNO.