PRN Johor: Ini fakta menarik yang perlu anda tahu
Iklan
PRN Johor yang berlangsung pada 12 Mac 2022 menyaksikan BN meraih 40 daripada 56 kerusi DUN dipertandingkan.
PILIHAN Raya Negeri (PRN) Johor ke-15 sudah pun melabuhkan tirainya Sabtu lalu dengan 1,426,573 daripada 2,597,742 pengundi berdaftar menunaikan tanggungjawab masing-masing.
Dari segi peratusan, ini bermakna hanya 54.9 peratus pemilih turun mengundi. Berbanding tiga lagi PRN yang diadakan dalam tempoh dua tahun lalu, PRN Johor adalah yang paling rendah.