PN kini pencabar utama UMNO di kerusi majoriti Melayu
Iklan
Di sebalik kekalahan teruk PN dengan hanya memenangi tiga kerusi DUN pada PRN Johor, koalisi itu sebenarnya menunjukkan potensi besar untuk mencabar UMNO-BN pada PRU15 terutama di kawasan kerusi majoriti Melayu.
RAMAI melihat keputusan Pilihan Raya Negeri (PRN) Johor, Sabtu lalu merupakan skrip ulangan PRN Melaka tahun lalu di mana UMNO dan Barisan Nasional (BN) terus mengekalkan dominasi manakala blok pembangkang termasuk Perikatan Nasional (PN) kalah teruk.
UMNO-BN menang bergaya apabila membolot 40 daripada keseluruhan 56 kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Johor meskipun jumlah pengundi menyokong parti itu hanya sekitar 43.11 peratus daripada keseluruhan 1.4 juta pemilih berdaftar yang keluar mengundi.