Syabas Johor tapi di sebalik itu semua ada insiden tak enak didengar
Iklan
Seramai 1,426,573 atau 54.92 peratus pengundi telah keluar mengundi pada PRN Johor kali ini. - Foto Bernama
SEMALAM, warga Johor dan pengundi Johor telah menyatakan pendirian berhubung masa depan mereka tanpa was-was dan tanpa ragu-ragu.
Untuk itu, Belalang ingin mengucapkan syabas dan tahniah. Ia bukanlah satu keputusan dan pendirian yang senang dan mudah. Tapi mereka perlu membuat pendirian dan pilihan kerana itu adalah tanggungjawab mereka sebagai pengundi.