Peratusan keluar mengundi rendah sudah dijangka
Iklan
Beberapa pengundi daripada golongan muda hadir awal untuk menunaikan tanggungjawab mengundi bagi DUN Larkin di Pusat Mengundi Sekolah Kebangsaan 1 Larkin pada Sabtu.
Sindrom kelesuan dan keletihan politik antara faktor utama PRN Johor rekod angka keluar mengundi sekitar 50 peratus sahaja
SHAH ALAM - Peratusan keluar mengundi disasarkan Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Johor ke-15 sebanyak 70 peratus dilihat gagal dicapai apabila hanya 50 peratus direkodkan keluar mengundi setakat jam 4 petang tadi.
Timbalan Pengarah Institut Kajian Etnik Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM), Profesor Dr Kartini Aboo Talib@Khalid berkata, peratusan keluar mengundi yang rendah telah dijangka disebabkan beberapa faktor.