Pendidikan sebenar tiada penghujung
Iklan
Pendidikan tidak terbatas kepada pembelajaran sahaja tetapi melibatkan proses pendidikan di tempat kerja, alam perkahwinan, proses membesarkan anak-anak dan sebagainya.(Gambar hiasan) - Foto 123rf
SECARA umumnya, penilaian masyarakat terhadap kebijaksanaan individu diukur berdasarkan tahap pendidikan mereka. Ia bermakna, lagi tinggi tahap pendidikan seseorang, lagi cerdiklah mereka berbanding dengan orang lain.
Apabila tahap pendidikan menjadi kayu ukur kebijaksanaan manusia, tidak hairanlah jika nilai mas kahwin turut bersandarkan kepada tahap pendidikan tersebut. Persoalannya, adakah tahap pendidikan seseorang mencerminkan keperibadian mereka?