Siapa hero rakyat?
Iklan
Najib (duduk, dua dari kanan) ketika bersama calon BN Dewan Undangan Negeri (DUN) Kempas, Datuk Ramlee Bohani (berdiri tiga, kanan) meluangkan masa bersarapan bersama penduduk sempena kempen Pilihan Raya Negeri (PRN) Johor di Taman Cempaka, Kempas baru-baru ini. - Foto Bernama
RAMAILAH orang berasa hairan mengapa begitu hebat tarikan Bossku mantan Perdana Menteri.
Ke mana-mana dia pergi di Johor, orang berpusu-pusu di sekelilingnya. Mengalahkan dia Perdana Menteri (PM) lagi. Banyak juga yang garu kepala pasal fenomena populariti Bossku mantan PM ini. Apakah yang punca populariti terlampau itu? Malah ada yang kata beliau punca utama kemenangan UMNO/BN di Melaka. Dan akan jadi salah satu penyebab kemenangan UMNO/BN di Johor juga. Pemimpin parti lawan keluarlah macam-macam teori mengapa Bossku mantan PM begitu popular.