Pejuang harap pengundi muda tolak parti korupsi
Iklan
Abu Hafiz (atas, kanan) dalam Wacana Sinar edisi ke-328 yang bertajuk Last Kick Off Untuk Bangsa Johor yang disiarkan di semua platform media sosial Sinar Harian pada Jumaat.
SHAH ALAM - Parti Pejuang Tanah Air (Pejuang) mengharapkan agar pengundi muda yang pertama kali keluar mengundi semasa Pilihan Raya Negeri (PRN) Johor dapat membuat pilihan terbaik dalam memilih calon di kawasan masing-masing.
Ketua Pejuang Muda Malaysia, Dr Abu Hafiz Salleh Hudin berkata, anak muda seharusnya menolak parti yang korupsi, salah guna kuasa dan parti yang tidak setia dengan mandat diberikan rakyat sebelum ini.