'Bom jangka' implikasi krisis Rusia-Ukraine hampir meletus, sedarkah kita?
Iklan
Sekiranya kerajaan Malaysia tidak mengambil langkah proaktif untuk mengukuhkan stok bekalan sekuriti makanan negara susulan krisis Rusia-Ukraine, rakyat negara ini dibimbangi bakal berhadapan malapetaka ekonomi yang dahsyat.
Ledakan besar kesan bom jangka tersebut yang dibimbangi bakal melanda negara kita sudah tentu dari aspek ekonomi dan sekuriti makanan apabila dunia sudah melancarkan sekatan perdagangan sepenuhnya ke atas Rusia.
Konflik Rusia-Ukraine sebenarnya boleh dianggap 'bom jangka' yang mampu memusnahkan ekonomi negara sekiranya tidak ditangani dengan baik oleh kerajaan mentadbir.