Ketirisan, rasuah cabaran besar sektor perkhidmatan awam: Ambrin
Iklan
Program Bersama Tan Sri Johan Jaaffar menampilkan tetamu bekas Ketua Audit Negara, Tan Sri Ambrin Buang yang berlangsung di Kompleks Kumpulan Karangkraf pada hari ini. - Foto Sinar Harian ASRIL ASWANDI SHUKOR
SHAH ALAM - Bekas Ketua Audit Negara, Tan Sri Ambrin Buang mendedahkan isu ketirisan dan rasuah menjadi antara cabaran terbesar dihadapi sektor perkhidmatan awam ketika ini.
Tegasnya, jika kedua-dua isu yang telah lama membarah itu tidak ditangani dengan segera ia dibimbangi menjejaskan perolehan negara pada masa akan datang.