Noorfariza bukan jurutera wanita biasa
Iklan
Noorfariza menunjukkan keadaan kabin pesawat yang telah diubahsuai kepada Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan Malaysia Airlines Berhad, Kapten Izham Ismail (kanan) ditemani kakitangan kanan dan rakan sekerja di Jabatan Kejuruteraan, MAB.
SHAH ALAM - Siapa sangka dari graduan jurutera teknikal yang rata-ratanya merupakan pekerja lelaki, wanita ini berjaya mengharungi cabaran dan memegang jawatan sebagai Pengurus Pesawat di sebuah syarikat penerbangan ternama negara, Malaysia Airlines Berhad (MAB).
Noorfariza Zulkifli, 36, berkata, pada mulanya agak sukar untuk dia menyesuaikan diri sebagai seorang graduan lepasan universiti yang mana hanya 10 peratus merupakan golongan wanita di dalam kumpulannya.