Wanita boleh jadi juruterbang, bukan hanya pramugari
Iklan
Melissa amat gembira dengan pekerjaannya kerana dapat menikmati pemandangan yang indah di atas awan umpama pejabat yang bertukar-tukar setiap hari.
Melissa hanya merasa pengalaman menaiki kapal terbang pada usia 21 tahun, tetapi siapa sangka kecintaannya kepada industri aeroangkasa membolehkah beliau bergelar juruterbang pesawat komersial.
SHAH ALAM - Kerjaya juruterbang sering dikaitkan dengan golongan lelaki yang rata-ratanya mendominasi pekerjaan itu.
Namun bagi Kapten AirAsia Malaysia, Melissa Nathan, 38, peredaran masa menunjukkan wanita juga mampu menjadi seorang juruterbang yang berjaya dan berkaliber.