Bagai langau di ekor gajah
Iklan
Negara-negara kecil menerima tekanan negara-negara besar untuk menyertai blok dan kumpulan mereka sehingga tercetusnya perang.
PERCATURAN politik antarabangsa selepas Perang Dunia Kedua menyaksikan bagaimana kuasa-kuasa yang berjaya mengalahkan seteru mereka telah membina blok kuasa masing-masing untuk memastikan kesinambungan unjuran pengaruh politik dan ekonomi mereka terhadap negara lain.
Malaysia tidak terkecuali daripada terpaksa memihak kepada pengaruh kuasa Barat memandangkan pengaruh komunisme yang bertiup kencang dan mengancam pembentukan negara baru Persekutuan Tanah Melayu dan kemudiannya Malaysia pada ketika itu.