Taktik kotor warnai PRN Johor merosakkan suasana pilihan raya
Iklan
Ada sesetengah pihak yang melakukan strategi kotor dengan merosakkan bendera, poster dan billboard parti-parti yang bertanding. - Foto hiasan
KEMPEN Pilihan Raya Negeri (PRN) Johor kini memasuki minggu terakhir dan setiap calon, jentera parti semakin bergerak pantas serta menyebar luas pembawaan mereka.
Malah macam-macam idea dan strategi yang digunakan oleh setiap parti, ada pula calon yang memasuki kawasan-kawasan kampung, Felda dan bandar untuk menyantuni penduduk.